Thursday, 2 October 2014

RPH Bidang Menggambar Tahun 1 (PSV)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BIDANG MENGGAMBAR

Mata Pelajaran                      :           Pendidikan Seni Visual
Kelas                                      :           1 Mangga
Masa                                       :           8.00 pagi – 10.00 pagi
Bilangan Murid                     :           30 orang
Bidang                                    :           Menggambar
Aktiviti                                    :           Kolaj
Tema                                      :           Alam Semula Jadi
Tajuk                                      :           Buah Manggaku
Masa                                       :           60 minit
Media                                      :           Alatan – Bahan Maujud (buah manga)
                                                :           Bahan – Kertas Lukisan, Kertas warna, dan Gam
Bahan Bantu Mengajar        :           Contoh hasil kerja kolaj gambar ‘Buah mangga’ ,                                                                  BBM lagu
EMK                                        :           Elemen Kreativiti dan Inovatif
Elemen  Keusahawanan
Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Pengetahuan sedia ada murid:
1      Murid pernah melihat mangga sebenar di pasar raya.
2      Murid pernah melukis, menggunting dan mewarna.

Hasil Pembelajaran :
1      Memahami konsep teknik kolaj
2      Menghasilkan gambar buah mangga dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai.
3       Menghasilkan gambar buah mangga dengan berdasarkan tema imaginasi murid menggunakan teknik kolaj.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat:
1      Mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
2      Menyatakan alat, bahan dan teknik bagi menghasilkan buah mangga dengan menggunakan teknik kolaj.
3      Menghasilkan gambar buah mangga yang berbentuk 2 dimensi dengan teknik kolaj.
4      Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Nilai-nilai murni         :           Kreatif, berhati-hati, ketekunan, ketelitian dan kekemasan,
kerjasama, kerjasama
Kemahiran Berfikir   :           Kemahiran belajar, pemudah cara, Mensyukuri alam semula
 jadi
KBKK                         :           Menentukan urutan, mengaitkan dan menilai
Penggabungjalinan  :           Pendidikan Muzik
Teknik                         :           Berpusatkan Murid







STANDARD KANDUNGAN
1.    Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni: garisan, ruang,  rupa, dan warna)
2.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media.
3.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya.
4.    Apresiasi terhadap karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN
1)    Persepsi Estetik 
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
1.1.1 Unsur Seni
                        1.1.1.1 Garisan –garisan putus-putus
                        1.1.1.2 Rupa – Organik dan geometri
                        1.1.1.3 Ruang rata
1.1.2 Prinsip Rekaan
1.1.2.1 Harmoni –  warna                                          
1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi

1.2 Aplikasi Seni                  
       Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – bahan maujud buah mangga dan gambarkoleksi buah mangga
1.2.1.2 Bahan – Kertas lukisan, kertas warna, dan gam.
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – Kolaj (koyakan)



1.3 Ekspresi Kreatif             
Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, rupa, warna dan ruang) dalam penghasilan karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni                
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan.
1.4.2  Menceritakan karya sendiri secara lisan.
1.4.3 Menghasilkan karya seni bersama rakan.




MASA
Aktiviti / Kandungan
Catatan
Set Induksi (5 Minit)
Persepsi Estetik
·         Guru memperdengarkan lagu “papaya, mangga, pisang, jambu” kepada murid-murid danmengajak mereka menyanyi bersama-sama.
·         Guru memperkenalkantajuk pelajaran padahari ini dan bersoal jawab dengan murid berkenaan video klip tersebut.
Contoh Soalan :
1)            Apakah itu kolaj?
2)            Bagaimana kolaj dihasilkan?
·         Guru menerangkan apa itu kolaj danmenunjukkan contoh-contoh hasil kolaj yang baik.
·         Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa, bentuk dan warna.

BBM :
LCD, computer, Video, Lagu

TKP :
Muzik, Linguistik

Teknik :
Soal Jawab
Langkah 1 (10 Minit)
Aplikasi Seni
·         Guru berinteraksi dengan murid tentang media yang sesuai digunakan untuk membuat corak teknik kolaj.
·         Guru menunjuk cara bagi menghasilkan corak teknik kolaj.
·         Guru menunjukkan hasil lukisan bentuk mangga, daun, dan tangkai menggunakan garisan putus-putus.
·         Guru memberitahu bahawa rupa ini akan membentuk satu gambar yang menarik jika ditampal dengan kertas warna.
·         Murid diberi peluang untuk menyatakan bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya.
·         Guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan kolaj buah mangga.

Kemahiran Berfikir :
Mengaitkan

BBM :
Bahan maujud (Mangga)

Teknik :
Penerangan, demonstrasi

Nilai :
Kekemasan, Kesungguhan, Kebersihan


Langkah 2
(30 Minit)
Ekspresi kreatif
Langkah 1:
·         Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (2-3 ahli)
·         Guru mengedarkan alatan dan bahan,  kertas lukisan gambar mangga yang mempunyai garis putus-putus, kertas warna hijau/jingga/hitam, dan gam.
·         Murid mengoyakkan kertas warna dalam saiz yang kecil dengan bimbingan guru.
Langkah 2 :
·         Murid menyusun dan menampal kepingan kertas warna mengikut reka bentuk yang disediakan menggunakan gam bermula dengan buah mangga (warna jingga), diikuti dengan daun(warna hijau) dan tangkainya(warna hitam).
·         Guru membimbing murid menjalankan aktiviti dengan memberi  penekanan kepada kekemasan hasil kerja.
-           Murid juga digalakkan untuk bekerjasama.

Strategi :
Berpusatkan murid

Nilai :
Kerjasama, kekemasan, kebersihan
Penutup
(15 Minit)
Apresiasi seni visual
·         Murid mempamerkan hasil kerja dan menjelaskan hasil karya sendiri
·         Guru memberi komen tentang hasil karya murid.
·         Token ekonomi diberi kepada murid sebagai ganjaran.
·         Hasil karya murid yang cemerlang dipamerkan di ruang pameran dalam kelas.

Kemahiran Berfikir :
Menilai, membuat Kesimpulan

TKP :
Interpersonal
Intrapersonal

Nilai :
Kekemasan


Refleksi :
Semua murid dapat kuasai bahasa seni visual dengan betul.







Rujukan Pendidikan Khas (APA format)

Abd. Rahim  Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Ainon & Abdullah (1995).Mengajar kanak-kanak berfikir : panduan guru, bahan latihan.Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Aminah Hj Samsudin, Saodah Ismail, Alijah Ujang (2009). HBSL2203 Kaedah pembelajaran khas matematik. Open University Malaysia, Kuala Lumpur.
azie. (2009). Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan. Retrieved from Pembelajaran Khas Matematik - Pemulihan: https://www.scribd.com/doc/22594101/Pembelajaran-Khas-Matematik-Pemulihan
Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Devaraj, S. & Samsilah, R. (2008). Apa itu Disleksi ? Panduan Untuk Ibu Bapa & Kaunselor. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Dyslexia online magazine. (2003. December). Retrieved September 10, 2014, from http://www.dyslexia-parent .com/mag47.html
Dyslexia Teacher- confidence Building. (n.d). Retrieved September 15, 2014, from http://www.dyslexia –teacher.com/t66.html
Florian, L. (2004), “Uses of technology that support pupils with special educational needs”, in Florian, L. and Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: a Tool for Inclusion, Open University Press, Buckingham, pp. 7-20.
Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional Books: New York
Jalongo. M.R., (1992). Early Childhood Language Arts. Boston: Allyn and Bacon.
Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur: t.pt.
Logsdon, A. (2014, June 17). What is Dyscalculia? Math Learning Disabilities. Retrieved from What is Dyscalculia? Math Learning Disabilities: http://learningdisabilities.about.com/od/learningdisabilitybasics/p/Dyscalculia.htm
Md. Nor Bakar (1995). "Masalah Pengkonsepan dalam Matematik ". Jurnal Pendidikan UTM. 1(1): 72 - 80.
Mok Soon Sang, Siew Fook Cheong (1995). Pengajaran dan pembelajaran matematik :untuk peringkat sekolah rendah. Longman Malaysia Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Rosana Awg. Bolhasan. (1998). Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching, Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak.
Saunders, W.,(1992). The Constructivist Perspective: Implication and Teaching Strategies for Science. School Science and Mathematics, 92(3), 136-141.
Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1972). Teaching Mathematics: A Sourcebook of Aids, Activities, and Strategies. Prentice Hall: New Jersey

Zainal, T. Z. (n.d.). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:. Retrieved from Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik:: http://mujahid.tripod.com/strategi.html

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Terlebih dahulu saya, Chue Xiang Ling dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SJK(C), Kumpulan 4F berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Selepas saya diberi penerangan dan bantuan daripada pensyarah subjek Pengajaran dan Pembelajara Pendidikan Seni Visual, Puan Wak Chu a/p Wok, saya dapat memahami kehendak soalan. Hal ini telah memudahkan saya merangka setiap proses bagi melaksanakan tugasan kerja kursus ini.
Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya dapati bahawa kita tidak boleh bergantung pada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja. Kita haruslah meneroka ilmu sendiri sama ada dari internet atau pusat sumber setelah dikurniakan ilmu baharu. Dengan cara pembelajaran yang sebegini, barulah kita dapat lebih memahami subjek tersebut atau ilmu baharu dengan lebih mendalam. Namun, setelah mencari, membaca dan membuat sedikit kajian barulah saya dapat memahami bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini. Peranan pensyarah pembimbing sentiasa memberi kata-kata semangat serta penerangan tentang tugasan ini amatlah dihargai.
Di dalam tugasan ini, para guru pelatih diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah “Artist Book” yang mengandungi hasil karya daripada empat bidang kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV) iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Setiap bidang menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi ang kreatif dengan alat dan bahan, apreasiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Selain itu, guru pelatih juga dikehendaki menulis satu Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan mana-mana bidang yang dipilih.
Hal ini merupakan pengalaman seronok sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, melalui tugasan kerja kursus ini, ikatan dengan rakan-rakan kelas menjadi lebih rapat. Kami saling menolong dan mendorong antara satu sama lain apabila menghadapi halangan dalam proses melaksanakan tugasan
Kerja kursus ini telah memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada saya dalam empat bidang seni iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Kini saya telah mempunyai serba sedikit kemahiran dalam keempat-empat bidang seni meskipun yang sebenarnya masih banyak yang perlu saya pelajari.
Di samping itu,melalui kerja krusus ini kita akan dapat lagi memartabatkan seni visual dengan pendedahan dan kajian yang lebih mendalam dalam kalangan pelatih guru seterusnya melalui ilmu yang diperolehi, para pelatih yang bakal menjadi guru akan dapat menyampaikan pengajaran seni visual kepada anak-anak sekolah dengan teknik dan kemahiran yang betul dalam seni visual sekaligus akan dapat dimantapkan lagi dan tidak pupus ditelan zaman.
Saya sedar bahawa, sebagai seorang guru, perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan kurikulum Pendidikan Seni Visual hendaklah mengambil kira tahap minat, kecerdasan murid yang pelbagai latar belakang dan pengalaman sedia ada pada setiap murid bagi merangsang dan meningkatkan pembelajaran mereka secara berkesan. Sebagai contoh, di dalam bidang membuat corak dan rekaan dengan melaksanakan aktiviti kolaj, dapat membantu murid-murid dari aspek psikomotor, dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi murid. Selain itu, tema, isi kandungan serta alat untuk setiap aktiviti bagi setiap bidang juga perlu dititikberatkan untuk merangsang serta memperkembangkan deria murid-murid selaras hasrat FPK seterusnya berperanan membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nlai keindahan kerana seni itu dianggap murni dan berestetika.

Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu cabaran bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini  banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar apa yang saya dapat ini terus berada di dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bahan Bantu Mengajar Multisensori - Jam PelangiKu :) *PKB 3083 Kaedah Khas PdP Matematik

Manual Pengguna Bahan Bantu Mengajar Multisensori

Tahun                                      : 2
Tajuk                                       : Masa dan Waktu   
Standard Kandungan              : 6.1    Waktu dalam unit jam    
Standard Pembelajaran          : 6.1.1 Mengenal nombor pada muka jam
 6.1.2 Mengenal jarum panjang dan jarum pendek 
 6.1.3 Menyatakan waktu dalam unit jam
  1.     Guru memberi penerangan tentang jam terdiri daripada sistem nombor iaitu mempunyai 12 nombor.
  2.     Guru mengenalkan jam mempunyai jarum pendek dan jarum panjang. Kad perkataan disediakan untuk sebagai arahan untuk menggerakkan jam.
  3.     Guru memberikan bimbingan kepada murid untuk mengerakkan jarum jam mengikut kad perkataan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. (Jarum pendek mewakili jam manakala Jarum panjang menunjukkan minit)




Tuesday, 11 September 2012

Malaysia 55 Tahun !!!



Saya, Chue Xiang Ling, dari IPG Kampus Bahasa Melayu, PPISMP 3F telah terlibat dalam latihan kemerdekaan ke-55. Saya terpaksalah menamatkan cuti saya pada 24 Ogos 2012 untuk balik asrama menyediakan diri ke latihan tersebut. Kami tamat latihan pada hari 1 September 2012.

Guru pelatih yang terlibat dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan di UPM. Setiap pagi dan malam terdapat latihan di Stadium Bukit Jalil. Setiap orang guru pelatih diberi satu LED Wrtting Board dan juga satu Tripod Stand bagi menghasilkan Human Grafik. Bilangan yang terlibat adalah 2000 orang guru pelatih dari IPG-IPG yang berbeza negeri semenanjung Malaysia.

Meraikan hari yang istimewa ini dengan rakyat Malaysia yang amat ramai di Stadium, saya berasa amat bertuah kerana saya telah mendapat peluang yang bukan semua orang dapat berada di Stadium untuk sambutan Kemerdekaan. Pada malam yang meriah itu telah terukir dalam hari saya mendalam-dalam sampailah sekarang saya tidak dapat lupai saya telah terlibat dalam sambuatan kemerdekaan yang amat bermakna bagi seorang warga Malaysia.

Latihan Kemerdekaan ini adalah untuk perform pada hari kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos. Kini, Malaysia telah berumur 55 tahun. Saya bangga sebagai anak Malaysia.

Saturday, 1 September 2012

Refleksi kuliah 12.9.2012

Kuliah pada hari ini, puan telah menjelaskan kepada kelas 3F dan 3G bahawa post the telah puan post di Facebook group, iaitu kerja kursus haruslah dihantar pada hari Jumaat ini. Puan telah menjelaskan apa yang puan tulis dan kami pun ikut arahan puan bagi menyelesaikan kerja kursus ini secepat mungkin bagi Jumaat ini dapat hantar.

Isi kerja kursus ialah 5 refleksi minggu, 5 refleksi kuliah dan juga 1 buku penbedahan.

Saya telah menghadapi masalah tentang menyiapkan tugas buku penbedahan oleh kerana atas sebab tidak membeli buku kecergasan emosi selepas pesanan pensyarah dari awal dan ini terjadilah saya tidak dapat membuat buku penbedahan dan markah bonus. Oleh itu, saya pun pergi ke pusat sumber untuk mencari sumber buku terhadap kecergasan emosi bagi menyiapkan tugsan ini. Akhirnya, saya dapatlah buku yang bertajuk "kecergasan emosi" di pusat sumber IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya dapatlah buku tersebut dan menyiapkan tugas tersebut di pusat sumber.

Banyak lagi kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu cabaran bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak saya pelajari. Saya berharap agar apa yang saya dapat ini terus berada di dalam ingatan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.