Wednesday, 25 July 2012

Refleksi Kuliah pada 25.7.2012

Puan telah mengatakan bahawa isi kandungan bagi insan pada masa kini boleh dibahagikan dalam 3 bahagian, iaitu IQ(Intelligence quotient), EQ (Encephalization Quotient)  dan juga SQ (Sentiention Quotient). Sebelum kuliah hari ini, ilmu yang ada pada saya terhadap ketiga-tiga perkataan IQ, EQ dan SQ adalah permukaan sahaja. IQ ialah ilmu yang ada sepanjang kami telah belajar dari mana-mana sama ada dari cikgu, buku ataupun pertistiwa-peristiwa yang telah berlaku. EQ merupakan fikiran dan kematangan seseorang dalam pertuturan kata ataupun perbuatan seseorang. SQ itu ialah roh adalah dalam diri kita.

Setelah puan telah menjelaskan bahawa ketiga-tiga perkataan ini dengan software komputer dan hardware komputer, maka saya dapat lebih jelas terhadap ilmu dalam bidang ini. Puan mengatakan bahawa IQ ialah hardware yang ada dalam komputer manakala EQ merupakan software dalam komputer. EQ pula merupakan spriritual.


Puan juga menjelaskan bahawa kita bukanlah human being tapi ialah spiritual being dalam dunia ini. Human being yang telah menunjukkan keperluan manusia seperti rumah, air, udara dan juga benda-benda yang lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak seseorang dalam pergaulan seharian. Spiritual itu ialah menggambarkan roh dan perasaan seseorang seperti marah, sedih, kecewa terhadap sesuatu telah berlaku.


Akhirnya, spiritual tidak akan hilang setelah seseorang itu mati di dunia ini. Roh itu masih hidup pada semasa ke semasa. Yang mati itu hanyalah badan seseorang, roh tidak mati. 

Setelah kuliah ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam terhadap human being dan juga spiritual being dalam diri saya. IQ, ilmu yang ada pada saya akan mempengaruhi fikiran saya, iaitu EQ, dalam membuat satu keputusan. SQ pula tidak akan hilang dari mulanya ia muncul di dunia ini.

Tuesday, 24 July 2012

Bekalan Air



Dari semalam hingga sekarang ini, bekalan campus saya masih tidak dapat lagi. Hidup macam ni lah amat sengsara kepada kita yang dikenal sebagai manusia ini. Nasib baik, rumah saya dekat jer di KL, saya dapatlah balik rumah untuk mandi dan juga makan. Balik rumah, saya berasa amat bahagia kerana walau apapun perkara yang amat menyakiti hati saya yang berlaku di kampus, anggota keluarga saya menyokong saya dan inilah saya berasa amat terharu. Sokongan dan dorongan  mereka amat penting pada masa yang saya amat sedih ini.

Saya percayai, saya boleh tabah menghadapi semua cabaran yang diberi oleh Tuhanku.

Friday, 13 July 2012

Kenanagn Indah


12 Julai adalah tarikh hari jadi saya.


11 Julai 2012, rakan sebiliknya saya telah membeli satu cheese cake dari "Secret Recipe" untuk meraikan hari jadi saya. Mood saya hari itu tidak beberapa bagus kepada saya diketahui teman lelaki saya tidak dapat datang kampus saya untuk meraikan hari jadi saya.


Hari jadi saya dah sampai.
Teman lelaki saya, adik saya dan juga kawan-kawan saya, Yong Han, Zhi Hui, Ai Nee, Jia Min, Siew Ling, Su yee dan juga Chin Er telah memberi satu kejutan yang amat besar kepada saya. Kejutan itu saya tidak dapat lupa sampai hari ini. Kawan-kawan kampus saya telah membantu teman lelaki saya untuk berbohong kepada saya. Masa saya nampak teman lelaki dan juga adik saya muncul di hadapan saya, saya amat terharu.




 

    


Terima Kasih, perkara inilah telah menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku.



Friday, 6 July 2012

Floria Putrajaya 2012

Sabtu 07.07.2012

Pada hari yang meriah ini,IPGKBM telah menganjurkan lawatan ke Floria Putrajaya. Lawatan ini hanya melibatkan kumpulan yang ada belajar subjek seni. Kelas saya pun terlibat secara tidak langsung. Inilah nasib saya.
Cuaca panas yang begitu dahsyat ini telah menjadi punca utama sakit kepala saya. Saya berasa amat tidak selesa kerana kepala pening semasa berjalan dalam keadaan yang amat tidak selesa ini.

Saya kini terpaksalah duduk dan berehat. Saya harap saya dapat balik asrama dengan segera. Tetapi tidak dapat jadi kerana pensyarah kita kata pukul 2pm as IB baru datang.
Sekaranglah 12 pun tak sampai lagi.
Hais,berapa lamalah saya dapat balik bilik saya?

Published with Blogger-droid v2.0.6