Wednesday, 8 August 2012

Baskin Robbins


Semalam, Baskin Robbin Malaysia percuma aiskrim kepada semua warga Malaysia. Bagi meraikan Dato' Lee Chung Wei menang dalam Olympic. Walaupun Dato' Lee hanya memenangi medal perak, Baskin Robbins Malaysia tetap menepati janji untuk percuma satu skrop kepada semua warga Malaysia. 
Saya bersama kawan-kawan untuk menikmati aiskrim yang begitu mahal tersebut.
Setelah makan, kami pun balik ke asrama masing-masing kerana hari esok ada kelas.

Saya gembira akan saya terdapat kawan-kawan yang begitu baik kepada saya. 

Sekian, ini sahaja.

Tuesday, 7 August 2012

Rindu akan budak kecil nie.

Nama budak perempuan yang comel ini ialah Nicole. Dia merupakan anak daripada kawan ibu saya. Atas sebab ibu Nicole terlalu banyak kerja dan tiada masa untuk menjaga Nicole, ibu saya telah memainkan peranan untuk menjadi penjaga Nicole. Setiap minggu saya balik rumah, dia tidak pernah tak ingat siapa saya walaupun saya tidak selalu berada di rumah. Oleh sebab saya tinggal di asrama dan terpaksa tidak boleh sentiasa balik rumah. Tapi, beranding dengan yang lain, saya berasa amat bahagia kerana rumah saya di KL. Jadi, saya dapat balik rumah setiap hari jumaat sampai ahad. Syukur kepada Tuhan kerana saya amat berbaghagia.
Saya rindu akan setiap anggota keluarga saya, termasuklah anjing saya,Jenny. Haraplah cepat sampai Jumaat kerana hari tu saya dapat balik rumah:)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, 1 August 2012

Refleksi Kuliah pada 1.8.2012


Pada hari ini, puan telah terus membincangkan ilmu IQ,EQ &SQ. Puan telah menulis beberapa perkataan di papan putih sebelum memulakan kuliah. Seperti berikut:

IQ : What Do I think?
EQ : What Do I feel ?
SQ : Who am I ?

Masalah saya ialah saya tidak pernah berfikir soalan-soalan tersebut yang puan tulis. Pemikiran dan perasaan saya tidak pernah orang timbangkan. Siapakah saya? Pun tidak ada orang pun peduli. Masa depan saya telah ditetapkan oleh ibu dan bapa saya. Saya tidak ada peluang untuk memilih apapun. Peranan saya hidup sejak kecil sampai hari ini ialah mendengar nasihat ibu bapa dan ikut rancangan hidup yang telah ditetapkan untuk saya. Saya tidak pernah putus asa dalam pembelajaran saya sejak kecil sampai sekarang ini. Saya belajar seboleh mungkin untuk keluarga saya. Saya tidak mahu berlaku apa-apa pun pertengkaran bersama ibu bapa saya. Apa yang mereka kata, saya ikut saya yang mereka mahu.

Mungkinlah ada orang kata saya tidak boleh membuat keputusan dengan baik kerana keputusan saya telah dibuat oleh orang lain. Tapi, saya tidak mengadu apapun. Kerana saya tahu, apa yang ibu bapa kata ialah betul. Keputusan mereka mestilah boleh janji masa hadapan saya cerah.

Perasaan saya adalah sedih kadang kali, tetapi, dorangan dari keluarga amatlah memberi banyak sokongan kepada saya untuk meneruskan hidup saya.

Saya harap agar saya dapat meneruskan pengajian saya dengan keadaan yang gembira kerana saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Sebagai anak, saya akan membuat yang terbaik bagi tidak merisaukan ibu bapa kepada saya.

Wau



Semalam, saya ingin postkan blog saya. Tetapi tidak jadi. Oleh kerana sesi sekarang adalah sesi assignment. Wau yang digambarkan atas adalah saya telah menggunakan sebanyak 2 minggu lebih untuk habiskan. Saya amat risau akan pensyarah saya tidak suka wau saya dan mahu saya buat semula lagi. Dengan bernasib baik, pensyarah saya pun terimalah wau yang saya buat walaupun tahu tiada beberapa bakat dalam seni punya saya.

Proses wau ini amat sengsarakan saya. Sejak kecil, saya pun boleh kata tidak ada bakat dalam bidang seni. Lukisan saya macam budak-budak di tadika. Saya berasa amat kecewa kerana tiada bakat dalam seni bukanlah salah saya.

Setiap oleh mempunyai kebolehan dan kelemahan diri sendiri. Kita tidak boleh paksa sendiri pandai. Kerana, tiada bakat maksudlah tiada bakat. Tak mungkin sekaranglah saya dapat subjek seni, saya patutlah bakat dalam seni. 

Setelah terdapat tawaran untuk menjadi guru pelatih di IPG Kampus Bahasa Melayu, keluarga saya berasa amat gembira, tetapilah bukan saya. Saya tetap memenuhi harapan yang diharap oleh ibu bapa kepada saya, saya pun datang IB. Setelah datang IB, saya diketahui ambil subjek seni. Saya mempunyai tekanan yang besar dan saya tiada peluang untuk menolok semua cabaran ini.

Saya dapat selesaikan wau saya pada akhirnya. Inilah amatlah terharu kepada diri sendiri dan keluarga saya yang selalu memberi sokongan kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas kawan-kawan saya yang membantu saya dalam proses, seperti Chong Su Yee, Hii Siew Ling, Lu Suk Rong, Ho Sing Yung dan banyak lagi. 

Inilah adalah perasaan saya terhadap subjek seni yang telah mencabarkan hidup saya tiap-tiap hari. Saya dikehendaki berfikiran matang dan menerima apa cabaran yang telah Tuhan bagi saya. Sekian, Terima Kasih.