Tuesday, 11 September 2012
Malaysia 55 Tahun !!!
Saya, Chue Xiang Ling, dari IPG Kampus Bahasa Melayu, PPISMP 3F telah terlibat dalam latihan kemerdekaan ke-55. Saya terpaksalah menamatkan cuti saya pada 24 Ogos 2012 untuk balik asrama menyediakan diri ke latihan tersebut. Kami tamat latihan pada hari 1 September 2012.
Guru pelatih yang terlibat dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan di UPM. Setiap pagi dan malam terdapat latihan di Stadium Bukit Jalil. Setiap orang guru pelatih diberi satu LED Wrtting Board dan juga satu Tripod Stand bagi menghasilkan Human Grafik. Bilangan yang terlibat adalah 2000 orang guru pelatih dari IPG-IPG yang berbeza negeri semenanjung Malaysia.
Meraikan hari yang istimewa ini dengan rakyat Malaysia yang amat ramai di Stadium, saya berasa amat bertuah kerana saya telah mendapat peluang yang bukan semua orang dapat berada di Stadium untuk sambutan Kemerdekaan. Pada malam yang meriah itu telah terukir dalam hari saya mendalam-dalam sampailah sekarang saya tidak dapat lupai saya telah terlibat dalam sambuatan kemerdekaan yang amat bermakna bagi seorang warga Malaysia.
Latihan Kemerdekaan ini adalah untuk perform pada hari kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos. Kini, Malaysia telah berumur 55 tahun. Saya bangga sebagai anak Malaysia.
Saturday, 1 September 2012
Refleksi kuliah 12.9.2012
Isi kerja kursus ialah 5 refleksi minggu, 5 refleksi kuliah dan juga 1 buku penbedahan.
Saya telah menghadapi masalah tentang menyiapkan tugas buku penbedahan oleh kerana atas sebab tidak membeli buku kecergasan emosi selepas pesanan pensyarah dari awal dan ini terjadilah saya tidak dapat membuat buku penbedahan dan markah bonus. Oleh itu, saya pun pergi ke pusat sumber untuk mencari sumber buku terhadap kecergasan emosi bagi menyiapkan tugsan ini. Akhirnya, saya dapatlah buku yang bertajuk "kecergasan emosi" di pusat sumber IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya dapatlah buku tersebut dan menyiapkan tugas tersebut di pusat sumber.
Banyak lagi kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu cabaran bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak saya pelajari. Saya berharap agar apa yang saya dapat ini terus berada di dalam ingatan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Wednesday, 8 August 2012
Baskin Robbins
Tuesday, 7 August 2012
Rindu akan budak kecil nie.
Nama budak perempuan yang comel ini ialah Nicole. Dia merupakan anak daripada kawan ibu saya. Atas sebab ibu Nicole terlalu banyak kerja dan tiada masa untuk menjaga Nicole, ibu saya telah memainkan peranan untuk menjadi penjaga Nicole. Setiap minggu saya balik rumah, dia tidak pernah tak ingat siapa saya walaupun saya tidak selalu berada di rumah. Oleh sebab saya tinggal di asrama dan terpaksa tidak boleh sentiasa balik rumah. Tapi, beranding dengan yang lain, saya berasa amat bahagia kerana rumah saya di KL. Jadi, saya dapat balik rumah setiap hari jumaat sampai ahad. Syukur kepada Tuhan kerana saya amat berbaghagia.
Saya rindu akan setiap anggota keluarga saya, termasuklah anjing saya,Jenny. Haraplah cepat sampai Jumaat kerana hari tu saya dapat balik rumah:)
Wednesday, 1 August 2012
Refleksi Kuliah pada 1.8.2012
Pada hari ini, puan telah terus membincangkan ilmu IQ,EQ &SQ. Puan telah menulis beberapa perkataan di papan putih sebelum memulakan kuliah. Seperti berikut:
IQ : What Do I think?
EQ : What Do I feel ?
SQ : Who am I ?
Masalah saya ialah saya tidak pernah berfikir soalan-soalan tersebut yang puan tulis. Pemikiran dan perasaan saya tidak pernah orang timbangkan. Siapakah saya? Pun tidak ada orang pun peduli. Masa depan saya telah ditetapkan oleh ibu dan bapa saya. Saya tidak ada peluang untuk memilih apapun. Peranan saya hidup sejak kecil sampai hari ini ialah mendengar nasihat ibu bapa dan ikut rancangan hidup yang telah ditetapkan untuk saya. Saya tidak pernah putus asa dalam pembelajaran saya sejak kecil sampai sekarang ini. Saya belajar seboleh mungkin untuk keluarga saya. Saya tidak mahu berlaku apa-apa pun pertengkaran bersama ibu bapa saya. Apa yang mereka kata, saya ikut saya yang mereka mahu.
Mungkinlah ada orang kata saya tidak boleh membuat keputusan dengan baik kerana keputusan saya telah dibuat oleh orang lain. Tapi, saya tidak mengadu apapun. Kerana saya tahu, apa yang ibu bapa kata ialah betul. Keputusan mereka mestilah boleh janji masa hadapan saya cerah.
Perasaan saya adalah sedih kadang kali, tetapi, dorangan dari keluarga amatlah memberi banyak sokongan kepada saya untuk meneruskan hidup saya.
Saya harap agar saya dapat meneruskan pengajian saya dengan keadaan yang gembira kerana saya tidak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Sebagai anak, saya akan membuat yang terbaik bagi tidak merisaukan ibu bapa kepada saya.
Wau
Wednesday, 25 July 2012
Refleksi Kuliah pada 25.7.2012
Setelah puan telah menjelaskan bahawa ketiga-tiga perkataan ini dengan software komputer dan hardware komputer, maka saya dapat lebih jelas terhadap ilmu dalam bidang ini. Puan mengatakan bahawa IQ ialah hardware yang ada dalam komputer manakala EQ merupakan software dalam komputer. EQ pula merupakan spriritual.
Puan juga menjelaskan bahawa kita bukanlah human being tapi ialah spiritual being dalam dunia ini. Human being yang telah menunjukkan keperluan manusia seperti rumah, air, udara dan juga benda-benda yang lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak seseorang dalam pergaulan seharian. Spiritual itu ialah menggambarkan roh dan perasaan seseorang seperti marah, sedih, kecewa terhadap sesuatu telah berlaku.
Akhirnya, spiritual tidak akan hilang setelah seseorang itu mati di dunia ini. Roh itu masih hidup pada semasa ke semasa. Yang mati itu hanyalah badan seseorang, roh tidak mati.
Setelah kuliah ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam terhadap human being dan juga spiritual being dalam diri saya. IQ, ilmu yang ada pada saya akan mempengaruhi fikiran saya, iaitu EQ, dalam membuat satu keputusan. SQ pula tidak akan hilang dari mulanya ia muncul di dunia ini.
Tuesday, 24 July 2012
Bekalan Air
Dari semalam hingga sekarang ini, bekalan campus saya masih tidak dapat lagi. Hidup macam ni lah amat sengsara kepada kita yang dikenal sebagai manusia ini. Nasib baik, rumah saya dekat jer di KL, saya dapatlah balik rumah untuk mandi dan juga makan. Balik rumah, saya berasa amat bahagia kerana walau apapun perkara yang amat menyakiti hati saya yang berlaku di kampus, anggota keluarga saya menyokong saya dan inilah saya berasa amat terharu. Sokongan dan dorongan mereka amat penting pada masa yang saya amat sedih ini.
Friday, 13 July 2012
Kenanagn Indah
12 Julai adalah tarikh hari jadi saya.
11 Julai 2012, rakan sebiliknya saya telah membeli satu cheese cake dari "Secret Recipe" untuk meraikan hari jadi saya. Mood saya hari itu tidak beberapa bagus kepada saya diketahui teman lelaki saya tidak dapat datang kampus saya untuk meraikan hari jadi saya.
Hari jadi saya dah sampai.
Teman lelaki saya, adik saya dan juga kawan-kawan saya, Yong Han, Zhi Hui, Ai Nee, Jia Min, Siew Ling, Su yee dan juga Chin Er telah memberi satu kejutan yang amat besar kepada saya. Kejutan itu saya tidak dapat lupa sampai hari ini. Kawan-kawan kampus saya telah membantu teman lelaki saya untuk berbohong kepada saya. Masa saya nampak teman lelaki dan juga adik saya muncul di hadapan saya, saya amat terharu.
Friday, 6 July 2012
Floria Putrajaya 2012
Sabtu 07.07.2012
Pada hari yang meriah ini,IPGKBM telah menganjurkan lawatan ke Floria Putrajaya. Lawatan ini hanya melibatkan kumpulan yang ada belajar subjek seni. Kelas saya pun terlibat secara tidak langsung. Inilah nasib saya.
Cuaca panas yang begitu dahsyat ini telah menjadi punca utama sakit kepala saya. Saya berasa amat tidak selesa kerana kepala pening semasa berjalan dalam keadaan yang amat tidak selesa ini.
Saya kini terpaksalah duduk dan berehat. Saya harap saya dapat balik asrama dengan segera. Tetapi tidak dapat jadi kerana pensyarah kita kata pukul 2pm as IB baru datang.
Sekaranglah 12 pun tak sampai lagi.
Hais,berapa lamalah saya dapat balik bilik saya?
Friday, 29 June 2012
Tentang Video
-------------------------------------------------------------------------------
Refleksi
Pada hari khamis, iaitu semalam petang. Saya didapati akan mengadakan perfoma di PICC Putrajaya pada 1/7/2012. Hanyalah beberapa hari sahaja untuk kita semua penari mengadakan latihan yang amat sikit. Walaupun kita mengalami masalah kesuntukkan masa, kami tetap berusaha dan harap penari semua ini dapat menjayakan perfoma kita pada hari isnin nanti. Malam dan petang pun latihan, inilah amat meletihkan saya. Tetapi, saya amat gembira kerana dapat kerjasama dengan kaum-kaum lain daripada cina, iaitu kaum melayu, kaum bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Selain itu, saya juga dapat belajar tarian dari kaum lain secara tidak langsung.
Wednesday, 20 June 2012
Pertama sekali
Nama saya Chue Xiang Ling dari PPISMP 3F.
Sebenarnya saya ada blog sendiri sudah, tetapi blog itu adalah mandrine version. Hanyalah seseorang itu tahu baca bahasa cina. Create blog ini adalah pesanan dari pensyarah saya yang akan mengajar kelas 3F kecerdasan emosi dalam sem ini. Saya amat risau akan bahasa melayu saya tidak dapat difahami oleh pensyarah saya. Di sini, saya ingin memohon maaf atas salahguna tatabahasa dan cara menulis jika ada. Saya berharap saya akan menyesuaikan diri dalam tulis dengan malay version.
Biasanya, saya akan blog terhadap kehidupan saya di IPG atau apa yang telah saya buat masa cuti di mandrine version blog saya. Kita tidak dapat mengawal sesuatu yang tidak baik yang akan berlaku dalam hidup kita. Janji setiap orang haruslah menghadapi cabaran dengan fikiran yang positif. Sesuatu yang telah berlaku tentulah ada makna dia di belakang. Hanyalah menerima apa yang telah diberi dari Tuhan kita.
Setakat ini sahaja blog hari ini.