Tuesday, 11 September 2012
Malaysia 55 Tahun !!!
Saya, Chue Xiang Ling, dari IPG Kampus Bahasa Melayu, PPISMP 3F telah terlibat dalam latihan kemerdekaan ke-55. Saya terpaksalah menamatkan cuti saya pada 24 Ogos 2012 untuk balik asrama menyediakan diri ke latihan tersebut. Kami tamat latihan pada hari 1 September 2012.
Guru pelatih yang terlibat dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan di UPM. Setiap pagi dan malam terdapat latihan di Stadium Bukit Jalil. Setiap orang guru pelatih diberi satu LED Wrtting Board dan juga satu Tripod Stand bagi menghasilkan Human Grafik. Bilangan yang terlibat adalah 2000 orang guru pelatih dari IPG-IPG yang berbeza negeri semenanjung Malaysia.
Meraikan hari yang istimewa ini dengan rakyat Malaysia yang amat ramai di Stadium, saya berasa amat bertuah kerana saya telah mendapat peluang yang bukan semua orang dapat berada di Stadium untuk sambutan Kemerdekaan. Pada malam yang meriah itu telah terukir dalam hari saya mendalam-dalam sampailah sekarang saya tidak dapat lupai saya telah terlibat dalam sambuatan kemerdekaan yang amat bermakna bagi seorang warga Malaysia.
Latihan Kemerdekaan ini adalah untuk perform pada hari kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos. Kini, Malaysia telah berumur 55 tahun. Saya bangga sebagai anak Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment