Tuesday, 11 September 2012

Malaysia 55 Tahun !!!



Saya, Chue Xiang Ling, dari IPG Kampus Bahasa Melayu, PPISMP 3F telah terlibat dalam latihan kemerdekaan ke-55. Saya terpaksalah menamatkan cuti saya pada 24 Ogos 2012 untuk balik asrama menyediakan diri ke latihan tersebut. Kami tamat latihan pada hari 1 September 2012.

Guru pelatih yang terlibat dikehendaki tinggal di asrama yang disediakan di UPM. Setiap pagi dan malam terdapat latihan di Stadium Bukit Jalil. Setiap orang guru pelatih diberi satu LED Wrtting Board dan juga satu Tripod Stand bagi menghasilkan Human Grafik. Bilangan yang terlibat adalah 2000 orang guru pelatih dari IPG-IPG yang berbeza negeri semenanjung Malaysia.

Meraikan hari yang istimewa ini dengan rakyat Malaysia yang amat ramai di Stadium, saya berasa amat bertuah kerana saya telah mendapat peluang yang bukan semua orang dapat berada di Stadium untuk sambutan Kemerdekaan. Pada malam yang meriah itu telah terukir dalam hari saya mendalam-dalam sampailah sekarang saya tidak dapat lupai saya telah terlibat dalam sambuatan kemerdekaan yang amat bermakna bagi seorang warga Malaysia.

Latihan Kemerdekaan ini adalah untuk perform pada hari kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos. Kini, Malaysia telah berumur 55 tahun. Saya bangga sebagai anak Malaysia.

Saturday, 1 September 2012

Refleksi kuliah 12.9.2012

Kuliah pada hari ini, puan telah menjelaskan kepada kelas 3F dan 3G bahawa post the telah puan post di Facebook group, iaitu kerja kursus haruslah dihantar pada hari Jumaat ini. Puan telah menjelaskan apa yang puan tulis dan kami pun ikut arahan puan bagi menyelesaikan kerja kursus ini secepat mungkin bagi Jumaat ini dapat hantar.

Isi kerja kursus ialah 5 refleksi minggu, 5 refleksi kuliah dan juga 1 buku penbedahan.

Saya telah menghadapi masalah tentang menyiapkan tugas buku penbedahan oleh kerana atas sebab tidak membeli buku kecergasan emosi selepas pesanan pensyarah dari awal dan ini terjadilah saya tidak dapat membuat buku penbedahan dan markah bonus. Oleh itu, saya pun pergi ke pusat sumber untuk mencari sumber buku terhadap kecergasan emosi bagi menyiapkan tugsan ini. Akhirnya, saya dapatlah buku yang bertajuk "kecergasan emosi" di pusat sumber IPG Kampus Bahasa Melayu. Saya dapatlah buku tersebut dan menyiapkan tugas tersebut di pusat sumber.

Banyak lagi kita belum kaji dan selidik. Sesuatu yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu cabaran bagi kita. Sepanjang penghasilan kerja kursus ini banyak saya pelajari. Saya berharap agar apa yang saya dapat ini terus berada di dalam ingatan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.