Rancangan Pengajaran
Harian
Kelas: 2 Mutiara - Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tarikh: 25 Ogos 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 8.30 pagi (30 minit)
Bilangan Murid: 5 orang
Bil.
|
Nama
|
Jenis masalah
|
Catatan
|
1.
|
Lee Yong Han
|
Sindrom Down
|
√
|
2.
|
Chan Yuen Ning
|
Slow Learner
|
√
|
3.
|
Taye Zhi Hui
|
Slow Learner
|
√
|
4.
|
Yong Jia Min
|
Hiperaktif
|
√
|
5.
|
Hii Siew Ling
|
Sindrom Down
|
√
|
Tema: Kesihatan dan Kebersihan
Tajuk: Persiapan ke sekolah
Standard Kandungan: 3.3 Membaca frasa mudah
Standard Pembelajaran: 3.3.1 Membaca frasa mudah
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
(i) Membaca 3 daripada 5 frasa dengan sebutan yang jelas dan betul.
(ii) Memahami 3 daripada 5 maksud frasa dengan melakukan gerak aksi yang betul.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
(i) Membaca 3 daripada 5 frasa dengan sebutan yang jelas dan betul.
(ii) Memahami 3 daripada 5 maksud frasa dengan melakukan gerak aksi yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada:
(i) Murid telah menguasai kemahiran membaca perkataan.
(ii) Murid biasa mengamalkan amalan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka.
(i) Murid telah menguasai kemahiran membaca perkataan.
(ii) Murid biasa mengamalkan amalan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka.
Nilai: Berdikari, kesungguhan, bekerjasama
dan keberanian
Terapi: Motor kasar, motor halus, muzik, dan
pertuturan
Bahan Bantu Belajar: Kain, besen, bahan dan alat sebenar(berus gigi, ubat gigi, sabun, baju, susu, roti), komputer riba, LCD, pembesar suara, slide power point, mounting board, pensel warna, alat dan kad gambar,
Elemen
Merentasi Kurikulum: Teknologi
Maklumat Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi
LANGKAH
|
ISI PELAJARAN
|
AKTIVITI PdP
|
CATATAN
|
|||
Set induksi
(5 minit)
|
Menunjukkan alat dan bahan untuk
menjaga kesihatan.
Soal jawab dengan murid.
Soalan
i. Adakah murid-murid menggunakan alat
dan bahan yang ditunjukkan?
ii.
Apakah
kegunaan alat dan bahan yang ditunjukkan?
iii.
Mengapa
perlu lakukan perkara tersebut?
Jangkaan Jawapan
i. Ya
ii.
Gosok,
cuci, pakai baju, makan, minum dan lain-lain
iii.
Menjaga
kebersihan, bersedia untuk ke sekolah dan lain-lain
|
1. Guru meletakkan satu besen berisikan
berus gigi, ubat gigi, baju, roti dan susu yang ditutup dengan kain di
hadapan murid.
2. Seorang murid diarahkan untuk
menarik kain tersebut.
3. Murid memerhati alat dan bahan.
4. Guru bersoal jawab dengan murid.
5. Guru kaitkan jawapan murid dengan
tajuk pelajaran hari ini.
|
Teknik:
- Soal jawab
Terapi:
- Pertuturan
Nilai:
- Bekerjasama, kerajinan
BBB:
- Berus gigi, ubat gigi, sabun, besen
baju, susu, roti, kain
|
|||
Langkah 1
(10 minit)
|
Membaca
frasa mudah
Lirik
lagu “Bangun Pagi”
Bangun Pagi,
Gosok gigi,
Cuci muka,
Pakai baju.
Makan roti,
Minum susu,
Pergi sekolah,
Suka hati.
Didik
hibur-menyanyi sambil melakukan senaman
Bangun Pagi
(Tangan buka ke atas)
Gosok gigi
(Aksi gosok gigi)
Cuci muka
(Aksi cuci muka)
Pakai baju
(Aksi pakai baju)
Makan roti
(Aksi makan)
Minum susu
(Aksi minum)
Pergi sekolah
(Berjalan 5 langkah ke
hadapan)
Suka hati
(gerakkan badan kiri
dan kanan dengan meletakkan dua belah tangan di tepi mulut)
|
1. Murid memerhati lirik lagu pada
tayangan slaid.
2. Murid-murid diminta mengenal pasti
frasa yang bergaris.
3. Murid membaca frasa sambil melakukan
gerak aksi dengan bimbingan guru.
4. Setiap orang murid memperoleh satu
kad gambar untuk digantung pada leher.
5. Guru memainkan klip video “Bangun
Pagi” sambil melakukan gerakan senaman lokomotor dan bukan lokomotor.
6. Murid menyanyi bersama sambil
melakukan gerakan berpandukan guru.
|
Teknik:
- Belajar cara belajar
Terapi:
- Pertuturan, Motor kasar, Motor
halus, muzik
Nilai:
- Bekerjasama, kerajinan, keberanian
BBB:
- LCD, komputer, pembesar suara, kad
gambar
|
|||
Langkah 2
(10 minit)
|
Lembaran kerja dan aktiviti
pengukuhan.
Lembaran
kerja
|
1. Murid-murid menerima kad gambar
daripada guru.
2. Murid-murid mewarnakan gambar
tersebut dengan pensel warna.
3. Murid-murid dikehendaki memadankan
gambar dengan frasa pada mounting
board.
4. Guru menampal mounting board di papan kenyataan untuk tatapan murid.
|
Teknik:
- Didik hibur
Terapi:
- Motor halus
Nilai:
- Bekerjasama, kasih sayang, kerajinan
BBB:
- Kad gambar, mounting board, pensel warna
|
|||
Penutup
(5 minit)
|
Kognitif
Sosial
|
1.
Guru
merumuskan isi pelajaran dengan minta murid menyatakan frasa yang telah
dipelajari bersama gerak aksi.
2.
Guru
merumuskan sikap murid dengan memberi dorongan, pujian atau teguran.
3.
Setiap
orang murid memperoleh susu dan roti sebagai ganjaran.
|
Teknik:
- Soal jawab
Terapi:
- Pertuturan
Nilai:
- Bekerjasama
|
Refleksi
Semua orang murid telah memberi kerjasama yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun begitu, terdapat 2 orang murid yang masih tidak
boleh membaca frasa mudah dengan sebutan yang betul. Aktiviti pemulihan akan
dilaksanakan ke atas 2 orang murid tersebut.