Terlebih dahulu saya, Chue Xiang Ling dari Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran SJK(C), Kumpulan 4F berasa
amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Selepas saya diberi penerangan dan bantuan daripada
pensyarah subjek Pengajaran dan Pembelajara Pendidikan Seni Visual, Puan Wak
Chu a/p Wok, saya dapat memahami kehendak soalan. Hal ini telah memudahkan saya
merangka setiap proses bagi melaksanakan tugasan kerja kursus ini.
Sepanjang saya melaksanakan tugasan kerja kursus ini,
saya dapati bahawa kita tidak boleh bergantung pada nota kuliah yang diberi
oleh pensyarah sahaja. Kita haruslah meneroka ilmu sendiri sama ada dari
internet atau pusat sumber setelah dikurniakan ilmu baharu. Dengan cara
pembelajaran yang sebegini, barulah kita dapat lebih memahami subjek tersebut
atau ilmu baharu dengan lebih mendalam. Namun, setelah mencari, membaca dan
membuat sedikit kajian barulah saya dapat memahami bagaimana untuk melaksanakan
tugasan ini. Peranan pensyarah pembimbing sentiasa memberi kata-kata semangat
serta penerangan tentang tugasan ini amatlah dihargai.
Di dalam tugasan ini, para guru pelatih diberi tugasan
untuk menghasilkan sebuah “Artist Book” yang mengandungi hasil karya daripada
empat bidang kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV) iaitu bidang menggambar,
membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf
tradisional. Setiap bidang menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara
aktif, interaksi ang kreatif dengan alat dan bahan, apreasiasi seni visual
serta menghargai nilai baik. Selain itu, guru pelatih juga dikehendaki menulis
satu Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan mana-mana bidang yang dipilih.
Hal ini merupakan pengalaman seronok sebagai seorang guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja,
melalui tugasan kerja kursus ini, ikatan dengan rakan-rakan kelas menjadi lebih
rapat. Kami saling menolong dan mendorong antara satu sama lain apabila
menghadapi halangan dalam proses melaksanakan tugasan
Kerja kursus ini telah memberikan banyak ilmu pengetahuan
kepada saya dalam empat bidang seni iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Kini saya telah
mempunyai serba sedikit kemahiran dalam keempat-empat bidang seni meskipun yang
sebenarnya masih banyak yang perlu saya pelajari.
Di samping itu,melalui kerja krusus ini kita akan dapat
lagi memartabatkan seni visual dengan pendedahan dan kajian yang lebih mendalam
dalam kalangan pelatih guru seterusnya melalui ilmu yang diperolehi, para
pelatih yang bakal menjadi guru akan dapat menyampaikan pengajaran seni visual
kepada anak-anak sekolah dengan teknik dan kemahiran yang betul dalam seni
visual sekaligus akan dapat dimantapkan lagi dan tidak pupus ditelan zaman.
Saya sedar bahawa, sebagai seorang guru, perancangan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan kurikulum
Pendidikan Seni Visual hendaklah mengambil kira tahap minat, kecerdasan murid
yang pelbagai latar belakang dan pengalaman sedia ada pada setiap murid bagi
merangsang dan meningkatkan pembelajaran mereka secara berkesan. Sebagai
contoh, di dalam bidang membuat corak dan rekaan dengan melaksanakan aktiviti
kolaj, dapat membantu murid-murid dari aspek psikomotor, dan emosi dan penting
dari segi keperluan fisiologi dan psikologi murid. Selain itu, tema, isi
kandungan serta alat untuk setiap aktiviti bagi setiap bidang juga perlu
dititikberatkan untuk merangsang serta memperkembangkan deria murid-murid
selaras hasrat FPK seterusnya berperanan membentuk masyarakat yang cinta kepada
nilai-nlai keindahan kerana seni itu dianggap murni dan berestetika.
Banyak lagi yang kita belum kaji dan selidik. Sesuatu
yang biasa bagi kita kalau dikaji mungkin akan jadi sesuatu cabaran bagi kita.
Sepanjang penghasilan kerja kursus ini
banyak yang saya pelajari. Saya berharap agar apa yang saya dapat ini
terus berada di dalam ingatan dan seterusnya akan diaplikasikan sepanjang
kehidupan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment