Thursday, 2 October 2014

RPH Bidang Menggambar Tahun 1 (PSV)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BIDANG MENGGAMBAR

Mata Pelajaran                      :           Pendidikan Seni Visual
Kelas                                      :           1 Mangga
Masa                                       :           8.00 pagi – 10.00 pagi
Bilangan Murid                     :           30 orang
Bidang                                    :           Menggambar
Aktiviti                                    :           Kolaj
Tema                                      :           Alam Semula Jadi
Tajuk                                      :           Buah Manggaku
Masa                                       :           60 minit
Media                                      :           Alatan – Bahan Maujud (buah manga)
                                                :           Bahan – Kertas Lukisan, Kertas warna, dan Gam
Bahan Bantu Mengajar        :           Contoh hasil kerja kolaj gambar ‘Buah mangga’ ,                                                                  BBM lagu
EMK                                        :           Elemen Kreativiti dan Inovatif
Elemen  Keusahawanan
Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Pengetahuan sedia ada murid:
1      Murid pernah melihat mangga sebenar di pasar raya.
2      Murid pernah melukis, menggunting dan mewarna.

Hasil Pembelajaran :
1      Memahami konsep teknik kolaj
2      Menghasilkan gambar buah mangga dengan menggunakan alat dan bahan yang sesuai.
3       Menghasilkan gambar buah mangga dengan berdasarkan tema imaginasi murid menggunakan teknik kolaj.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran murid dapat:
1      Mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
2      Menyatakan alat, bahan dan teknik bagi menghasilkan buah mangga dengan menggunakan teknik kolaj.
3      Menghasilkan gambar buah mangga yang berbentuk 2 dimensi dengan teknik kolaj.
4      Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Nilai-nilai murni         :           Kreatif, berhati-hati, ketekunan, ketelitian dan kekemasan,
kerjasama, kerjasama
Kemahiran Berfikir   :           Kemahiran belajar, pemudah cara, Mensyukuri alam semula
 jadi
KBKK                         :           Menentukan urutan, mengaitkan dan menilai
Penggabungjalinan  :           Pendidikan Muzik
Teknik                         :           Berpusatkan Murid







STANDARD KANDUNGAN
1.    Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni: garisan, ruang,  rupa, dan warna)
2.    Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media.
3.    Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya.
4.    Apresiasi terhadap karya seni.

STANDARD PEMBELAJARAN
1)    Persepsi Estetik 
Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni.
1.1.1 Unsur Seni
                        1.1.1.1 Garisan –garisan putus-putus
                        1.1.1.2 Rupa – Organik dan geometri
                        1.1.1.3 Ruang rata
1.1.2 Prinsip Rekaan
1.1.2.1 Harmoni –  warna                                          
1.1.2.2 Kesatuan – pelbagai unsur alam semula jadi

1.2 Aplikasi Seni                  
       Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat – bahan maujud buah mangga dan gambarkoleksi buah mangga
1.2.1.2 Bahan – Kertas lukisan, kertas warna, dan gam.
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik – Kolaj (koyakan)



1.3 Ekspresi Kreatif             
Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, rupa, warna dan ruang) dalam penghasilan karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

1.4 Apresiasi Seni                
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan.
1.4.2  Menceritakan karya sendiri secara lisan.
1.4.3 Menghasilkan karya seni bersama rakan.




MASA
Aktiviti / Kandungan
Catatan
Set Induksi (5 Minit)
Persepsi Estetik
·         Guru memperdengarkan lagu “papaya, mangga, pisang, jambu” kepada murid-murid danmengajak mereka menyanyi bersama-sama.
·         Guru memperkenalkantajuk pelajaran padahari ini dan bersoal jawab dengan murid berkenaan video klip tersebut.
Contoh Soalan :
1)            Apakah itu kolaj?
2)            Bagaimana kolaj dihasilkan?
·         Guru menerangkan apa itu kolaj danmenunjukkan contoh-contoh hasil kolaj yang baik.
·         Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa, bentuk dan warna.

BBM :
LCD, computer, Video, Lagu

TKP :
Muzik, Linguistik

Teknik :
Soal Jawab
Langkah 1 (10 Minit)
Aplikasi Seni
·         Guru berinteraksi dengan murid tentang media yang sesuai digunakan untuk membuat corak teknik kolaj.
·         Guru menunjuk cara bagi menghasilkan corak teknik kolaj.
·         Guru menunjukkan hasil lukisan bentuk mangga, daun, dan tangkai menggunakan garisan putus-putus.
·         Guru memberitahu bahawa rupa ini akan membentuk satu gambar yang menarik jika ditampal dengan kertas warna.
·         Murid diberi peluang untuk menyatakan bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan karya.
·         Guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan kolaj buah mangga.

Kemahiran Berfikir :
Mengaitkan

BBM :
Bahan maujud (Mangga)

Teknik :
Penerangan, demonstrasi

Nilai :
Kekemasan, Kesungguhan, Kebersihan


Langkah 2
(30 Minit)
Ekspresi kreatif
Langkah 1:
·         Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (2-3 ahli)
·         Guru mengedarkan alatan dan bahan,  kertas lukisan gambar mangga yang mempunyai garis putus-putus, kertas warna hijau/jingga/hitam, dan gam.
·         Murid mengoyakkan kertas warna dalam saiz yang kecil dengan bimbingan guru.
Langkah 2 :
·         Murid menyusun dan menampal kepingan kertas warna mengikut reka bentuk yang disediakan menggunakan gam bermula dengan buah mangga (warna jingga), diikuti dengan daun(warna hijau) dan tangkainya(warna hitam).
·         Guru membimbing murid menjalankan aktiviti dengan memberi  penekanan kepada kekemasan hasil kerja.
-           Murid juga digalakkan untuk bekerjasama.

Strategi :
Berpusatkan murid

Nilai :
Kerjasama, kekemasan, kebersihan
Penutup
(15 Minit)
Apresiasi seni visual
·         Murid mempamerkan hasil kerja dan menjelaskan hasil karya sendiri
·         Guru memberi komen tentang hasil karya murid.
·         Token ekonomi diberi kepada murid sebagai ganjaran.
·         Hasil karya murid yang cemerlang dipamerkan di ruang pameran dalam kelas.

Kemahiran Berfikir :
Menilai, membuat Kesimpulan

TKP :
Interpersonal
Intrapersonal

Nilai :
Kekemasan


Refleksi :
Semua murid dapat kuasai bahasa seni visual dengan betul.







No comments:

Post a Comment